ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG!!

Forum MelurDotCom terbuka kepada sesiapa saja.

Daftar sekarang dan anda dapat 5 (lima) eBook PERCUMA!!

1) A Beginner's Guide to Identifying, Foraging and Using Medicinal Plants

2) Herbal Antivirals Natural Remedies for Emerging-Resistant Viral Infections

3) Plants with Anti-Diabetes Mellitus Properties

4) The Aromatherapy Garden Growing Fragrant Plants for Happiness and Wellness

5) Wild Flowers (RSPB Pocket Nature) (DK Publishing) (2004)

admin
20 Apr 2017

Potensi Kayu Sengon

Forum ini adalah untuk membincangkan topik-topik berkaitan pertanian skala besar untuk tujuan perniagaan.

Moderator: admin

Post Reply
User avatar
admin
Site Admin
Posts: 7
Joined: Mon Oct 17, 2016 11:39 am
Location: Malaysia
Contact:

Potensi Kayu Sengon

Post by admin » Wed Aug 09, 2017 1:42 pm

Tidak lama dahulu seorang sahabat pernah meminta bantuan saya untuk mencari sejumlah tanah yang agak luas untuk ditanam dengan Pokok Sengon. Di Malaysia tak ramai orang mengenali pokok Sengon (Paraserianthes falcataria) termasuklah saya ketika itu. Pokok Sengon atau nama lainnya Albazia, Puak, Kayu Mancis, Batai dan Jeungjin digunakan untuk menghasilkan kayu bagi industri perkayuan dan perabot. Ia berasal dari kepulauan sebelah timur Indonesia iaitu Maluku dan Papua. Pada penghujung abad yang lepas, spesis ini mula menyebar ke seluruh Asia Tenggara.
Ciri utama yang membezakan pokok Sengon dengan pokok-pokok balak yang lain ialah kadar pertumbuhan yang cepat. Pokok ni boleh ditebang pada usia 4-6 tahun. Oleh kerana balak adalah satu produk komoditi, harganya agak stabil dan kompetetif. Pokok Sengon juga mudah ditanam dan memerlukan penjagaan yang minimum. Gabungan ciri-ciri tersebut seakan-akan menjadikannya lebih menguntungkan daripada getah dan kelapa sawit. Sengon Pokok Sengon terkenal di Indonesia sebagai sejenis pokok balak yang paling banyak ditanam secara komersil. Ianya semakin terkenal semenjak kerajaan Indonesia melancarkan program “Sengonisasi” pada tahun 1989. Kini terdapat beribu-ribu hektar tanah telah ditanam dengan pokok Sengon yang sebahagian besarnya diusahakan oleh organisasi besar seperti HTI dan Perum Perhutani. Keluasan tanah yang terlibat juga meningkat dari tahun ke tahun.
11a.jpg
11a.jpg (233.28 KiB) Viewed 160 times
Ciri-ciri Pokok Sengon
Pokok Sengon mempunyai batang yang lurus, tidak berbanir, kulit berwarna kelabu putih, licin, tidak mengelupas dan tiada cabang sehingga mencapai ketinggian 20 meter. Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan buah Sengon yang dihasilkan mempunyai panjang sekitar 6-12 cm. Setiap buah mempunyai biji diantara 15-30 biji.
Habitat Sengon
Sengon termasuk kategori tumbuhan yang cepat membesar iaitu pada kadar 8 meter setahun. Sengon merupakan tumbuhan tropika dan memerlukan suhu sekitar 20-33 degC. Ianya sesuai dengan iklim monsoon dan lembab dengan jumlah hujan diantara 200-2700 mm/tahun. Sengon sesuai dengan keadaan tanah lempung berpasir dan mempunyai pengairan sederhana.
Kegunaan Sengon
Kayu Sengon mengandungi peratusan selulosa yang tinggi dan ini menjadikannya sesuai digunakan dalam industri kayu dan kertas. Dengan nilai semasa di antara RM150 – RM1200 per kubik meter, kayu Sengon banyak diusahakan secara komersial untuk memenuhi permintaan industri perabot, pensil, papan dan kertas.
Kaedah Penanaman
Anak pokok Sengon disediakan menggunakan biji benih. Terdapat beberapa spesifikasi jarak penanaman iaitu 4×4, 3×3, 2×3 atau 2×2. Optimumnya ialah 3×3 yang mana kayu Sengon boleh membesar ke diameter 20 cm – 40 cm pada tahun ke 5 atau 6. Saiz ini adalah bersesuaian dengan standard industri kayu lapis, pallet atau sawn timber. Penggunaan baja-bio sepanjang tempoh penanaman boleh memastikan kadar pertumbuhan yang baik serta tahan penyakit. Daun dan dahannya agak jarang dan membenarkan jumlah cahaya yang agak banyak ke tanah. Keadaan ini memungkinkan tanaman lain diselang-seli bersama pokok Sengon.
Penyakit
Daripada segi daya tahan penyakit, pokok Sengon adalah tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang baik. Walaubagaimana pun, ianya masih boleh terdedah kerosakan jika menerima serangan serangga perosak dan penyakit secara berterusan. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pembesaran malah lebih teruk lagi membunuh pokok tersebut. Penggunaan baja adalah salah satu alternative dan ini telah pun dibuktikan dengan menggunakan baja-bio W20 (Bio-Q) pada anak-anak pokok Sengon yang diserang penyakit.
Nilai Pelaburan
Persoalan yang paling utama ialah adakah Pokok Sengon mempunyai nilai pulangan yang tinggi? Nilai kayu balak adalah ditentukan oleh
1. Jenis kayu
2. Diameter kayu. Lebih besar diameter maka lebih tinggi nilainya
3. Kualiti kayu
Diameter kayu adalah satu-satunya faktor yang boleh dimanipulasi iaitu dengan menentukan umur pokok yg ditebang dan penggunaan baja. Dengan menggunakan jarak penanaman optimum iaitu 3×3, satu hektar tanah boleh ditanam dgn 1100 pokok Sengon. Pada tahun ke6 diameter pokok Sengon boleh mencapai diantara 20-40cm. Sekiranya kita mengambil diameter 25cm dan nilai semasa pada RM200 per kubik meter sebagai asas pengiraan, maka 1 hektar boleh memberi lebih RM200 ribu dalam tempoh 6 tahun. Ini hanyalah perkiraan kasar dan tidak boleh dijadikan asas untuk anda memulakan pelaburan kayu Sengon. Nilai sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi. Tetapi apa yang nyata ialah kayu Sengon yang mempunyai nilai semasa tinggi dan kos pengurusan yang rendah mempunyai potensi besar.



shfin
Posts: 2
Joined: Tue Aug 01, 2017 7:11 am

Re: Potensi Kayu Sengon

Post by shfin » Wed Aug 09, 2017 10:02 pm

Salam,
ada jual tak benih pokok sengon?
tq
Shfin

Post Reply