ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG!!

Forum MelurDotCom terbuka kepada sesiapa saja.

Daftar sekarang dan anda dapat 5 (lima) eBook PERCUMA!!

1) A Beginner's Guide to Identifying, Foraging and Using Medicinal Plants

2) Herbal Antivirals Natural Remedies for Emerging-Resistant Viral Infections

3) Plants with Anti-Diabetes Mellitus Properties

4) The Aromatherapy Garden Growing Fragrant Plants for Happiness and Wellness

5) Wild Flowers (RSPB Pocket Nature) (DK Publishing) (2004)

admin
20 Apr 2017

5 PANDUAN LENGKAP PENANAMAN TERONG

Forum ini adalah untuk membincangkan topik-topik berkaitan pertanian skala besar untuk tujuan perniagaan.

Moderator: admin

Post Reply
Dinz
Posts: 5
Joined: Mon Oct 24, 2016 1:46 pm

5 PANDUAN LENGKAP PENANAMAN TERONG

Post by Dinz » Tue May 16, 2017 12:15 am

5 PANDUAN LENGKAP PENANAMAN TERONG

SHARE UNTUK MANFAAT BERSAMA

Tanaman terong ( Solanum melongena ) : sayur-sayuran tahunan semusim.
tanah : tanah lempung berpasir
pH : 5-6.
suhu : 22-30 C.
Tanaman ini memerlukan cahaya matahari yang cukup, oleh kerana itu sesuai ditanam pada musim kemarau.

1. Penyemaian benih terung
- benih untuk satu hektar mencapai 300-500 gram.
- benih terung sebaiknya disemaikan terlebih dahulu.
Langkah pertama siapkan dulu tempat penyemaian benih. Buat batas dengan lebar satu meter dan tinggi 20 cm.

Rendam benih terung dalam air hangat selama 10-15 minit, kemudian bungkus benih dengan kain basah dan biarkan selama 24 jam. Buat alur berjarak 5-10 cm diatas batas untuk diletakan benih. Kemudian tabur benih dan tutup dengan tanah tipis-tipis. Selepas itu, tutup batas dengan daun pisang atau karung guni basah. Siram dengan air untuk mengekalkan kelembapan hilang.

Selepas 2-3 hari tunas mula tumbuh menjadi pokok, buka daun pisang atau karung guni tersebut. Kemudian siram setiap hari pokok tersebut. Selepas 10-15 hari, pindahkan benih pokok kedalam polybag kecil (9x10 cm), satu polybag satu pokok. Isi polybag dengan tanah dan kompos, nisbah 1: 1.

Siram pokok yang ada dalam polybag tersebut setiap hari. Setelah tanaman berumur 1 bulan atau telah mempunyai sekurang-kurangnya 4 helai daun, tanaman tersebut sedia utk dipindahkan ke kawasan terbuka.

2.tanah dan penanaman
tanah dibajak dengan kedalaman 30 cm.buat batas dengan lebar 1 meter tinggi 30 cm jarak antara batas 40 cm. Gunakan baja organik (5:5:5) sebagai baja asas, 250g/pokok. Taburkan di atas batas hingga rata

Penanaman terung menghendaki tahap keasidan tanah sekitar pH 5-6. Apabila pH kurang dari 5 tambah kapur pertanian atau dolomit sebanyak 1-2 tan per hektar satu minggu sebelum tanam.

Buat lubang tanam secara berbaris, satu batas sebanyak dua baris. Jarak tanam antar lubang tanam 75cm . Lebar lubang dan kedalaman disesuaikan dengan saiz polybag benih.

Sebelum benih dipindahkan, siram batas dengan air. Tanaman terong cenderung tidak tahan dengan kekeringan. Pindah benih tanaman satu lubang diisi satu benih tanaman. Hati-hati dalam memindahkan tanaman, jaga agar akar tanaman tidak putus atau rosak.

3.Rawatan penanaman terung
Lakukan penyulaman tanaman selepas satu minggu. Cabut tanaman yang kelihatan layu atau tidak sihat dan pertumbuhan abnormal. Pencabutan dilakukan beserta media tumbuhnya.

4,Pembajaan
Tabur baja (11:11:11:2) pada kadar 50g/pokok untuk hari ke 20.

Ulangi pemberian baja (8:8:20:2) pada kadar 100g/pokok untuk hari ke 30 ,40 dan 60 selepas tanam. Sambil memberikan baja susulan, buang rumpai yang terdapat dalam batas tanaman. Bersihkan juga semak belukar yang terdapat disekitar kawasan tanaman.

Pemasangan bilah buluh untuk menyokong tanaman dilakukan setelah tanaman berumur 3 minggu. pancang buluh hendaknya berjarak 5-7 cm dari pangkal batang. Jangan sampai buluh melukai akar tanaman. Ikat tanaman pada buluh dengan tali rafia.

Apabila tidak turun hujan penyiraman hendaknya dilakukan setiap tiga hari sehingga tanaman berbunga. Setelah tanaman berbunga, tingkatkan kekerapannya hingga dua hari sekali.

5.Tuaian
penuaian dilakukan selepas 70-80 hari sejak benih ditanam. Seterusnya, tuai dilakukan setiap 3-7 hari sekali. Dalam satu kali musim tanam, boleh mencapai 13-15 kali musim menuai, bahkan boleh lebih.

Masa yang tepat untuk tuaian adalah pagi dan senja hari. Buah dipetik dengan tangkainya, buah terung tidak tahan lama. Oleh kerana itu harus segera dipasarkan . greding buah terung dilakukan berdasarkan saiz dan warna buah.



Post Reply